Tuesday, May 12, 2009

kecantikan bagi wanita

Semua wanita di muka bumi yang fana ni suka nak cantik...sanggup berhabis duit membuat rawatan muka...hingga ada yang sanggup bedah-bedah muka...matilah....hehe aku pun herenlah...ada yang dah berlaki pun berabis mengalahkan...anak gadis,tah napa lah??nak tunjuk suami...kot tapi cam nak menayang kat public je..aku pun tak faham..perempuan2...tetiba...hehe


ada yg siap ngaku lagi buat botox...repair dagulah hidunglah...last2 nampak cam alien jadinya muka tu....tapi aku lebih suka seorang wanita tu mempunyai kecantikan dalaman dan yang semulajadi....cam artis indonesia sorang ni..aku minat kecantikan semula jadinya...dasat hehe



tapi tak kisahlah...kecantikan bukan segala-galanya kan?tetiba....hehe sebanarnya banyak cara untuk mengekalkan kecantikan ataupun keawet mudaan..matikah ayat..hehe kena cari DBP lah ni...hehe ada yang mengamalkan jamu,minum jus mengkudu..dan sebagainya...sebagai seorang lelaki...ehem...aku nak berkongsilah di antara amalan-amalan tuk gadis-gadis nak menjaga kecantikan nih...yg mak budak pun buli join sekali..hehe....bagi yang beragama islam sebaiknya amalan selawat nabi...yang dibaca sebanyak 3 kali...yg dibacakan ke air sebelum membasuh muka...di pagi hari.....selain tu tidur penting di jaga..sebaiknya anak gadis janganlah tidur lambat...tidur awal selewat-lewatnya..jam 12 tgh mlm ...ya nak hehe...pastu minum air tepat pada waktu juga harus di amalkan...sebaiknya kalau mampu amalkan selalu mineral water tu...tapi bukan drinking water..kena make sure..,selain tu pagi2 buta tu amalkan lah minum madu ataupun gula melaka....biasanya...untuk memberi tenaga...pastu penting sarapan pagi...di amalkan...terdapat kajian amalan meminum susu baik untuk memutihkan kulit...tak percaya cuba korang minum...tetiba..hehe baik juga mengamalkan minum jus buah-buahan...untuk membekalkan vitamin...selain mengambil suplement..terdapat juga amalan kaum cina yang mengamalkan meminum sup ayam kampung yang telah di campur dengan herba herba macam gingseng....ni untuk tubuh badan...bagus tu..pasni abislah ayam kampung aku kat reban tu kena beli..hehehe......
bagi menghaluskan kulit...terdapat amalan seperti membuat masker muka campuran antara madu dan putih telur..yang elok untuk mengencangkan kulit muka...pasni adalah yang carik madu ngan telor ni kan heheh...tapi dalam semua-semua amalan tu yang paling penting..adalah dapat mengawal stress...sebab stress menjadi punca...pelbagai masalah kulit maupun tubuh badan...oleh itu para wanita..jgnlah stress-stress yah...hehe....

Monday, April 27, 2009

Bahasa Lelaki Dan Wanita

aku ingin berkongsi sedikit info berkenaan topik di atas hasil dari pembacaan ku...Telebih dahulu,tuan puan yg dihormati,mari kita lihat perbezaan lelaki dan wanita...wanita dikatakan lebih submisif iaitu lebih mudah mengalah,terkesan oleh tekanan-tekanan sosial dan lebih responsif kepada keperluan orang-orang lain.Wanita juga di dapati lebih mengambil berat kepada apa kata orang lain, lebih banyak menyumbang kepada kelancaran perbualan dan memberi banyak respon positif kepada orang lain yg sedang b'cakap.Berbaza dengan lelaki yg lebih banyak mencelah orang lain,tidak mempedulikan kata-kata orang lain dibandingkan dengan perempuan.
kajian juga mendapati perempuan menggunakan lebih banyak jumlah perkataan, lebih banyak menggunakan kata penekan maksud seperti sangat,amat,terlalu,lebih banyak bertanya,lebih banyak menggunakan soalan ekor seperti "cantik,tak?''dan perkataan-perkataan emosi dibandingkan dengan lelaki.Pertuturan lelaki pula menunjukkan mereka lebih banyak membuat kesilapan nahu,kata-kata carut dan bahasa slanga. Lelaki lebih banyak menggunakan gaya bahasa yg agresif berbanding perempuan yg biasa menggunakan gaya bahasa lembut.
apabila lelaki bercakap dengan lelaki dan perempuan bercakap dengan lelaki,mereka menggunakan sama banyak kata pelapik seperti "mungkin juga" dan "lebih kurang seperti" tetapi apabila lelaki bercakap dengan perempuan,mereka tidak banyak menggunakan kata pelapik.Lelaki menggunakan teori dominasi kuasa.Sebaliknya perempuan berbual kerana hendak menjalinkan hubungan.Oleh itu mereka menggunakan gaya bahasa yang dapat mengeratkan perhubungan mereka dengan orang lain.Takat ni dulu ya tuan puan..akan di continue.....