aku ingin berkongsi sedikit info berkenaan topik di atas hasil dari pembacaan ku...Telebih dahulu,tuan puan yg dihormati,mari kita lihat perbezaan lelaki dan wanita...wanita dikatakan lebih submisif iaitu lebih mudah mengalah,terkesan oleh tekanan-tekanan sosial dan lebih responsif kepada keperluan orang-orang lain.Wanita juga di dapati lebih mengambil berat kepada apa kata orang lain, lebih banyak menyumbang kepada kelancaran perbualan dan memberi banyak respon positif kepada orang lain yg sedang b'cakap.Berbaza dengan lelaki yg lebih banyak mencelah orang lain,tidak mempedulikan kata-kata orang lain dibandingkan dengan perempuan.
kajian juga mendapati perempuan menggunakan lebih banyak jumlah perkataan, lebih banyak menggunakan kata penekan maksud seperti sangat,amat,terlalu,lebih banyak bertanya,lebih banyak menggunakan soalan ekor seperti "cantik,tak?''dan perkataan-perkataan emosi dibandingkan dengan lelaki.Pertuturan lelaki pula menunjukkan mereka lebih banyak membuat kesilapan nahu,kata-kata carut dan bahasa slanga. Lelaki lebih banyak menggunakan gaya bahasa yg agresif berbanding perempuan yg biasa menggunakan gaya bahasa lembut.
apabila lelaki bercakap dengan lelaki dan perempuan bercakap dengan lelaki,mereka menggunakan sama banyak kata pelapik seperti "mungkin juga" dan "lebih kurang seperti" tetapi apabila lelaki bercakap dengan perempuan,mereka tidak banyak menggunakan kata pelapik.Lelaki menggunakan teori dominasi kuasa.Sebaliknya perempuan berbual kerana hendak menjalinkan hubungan.Oleh itu mereka menggunakan gaya bahasa yang dapat mengeratkan perhubungan mereka dengan orang lain.Takat ni dulu ya tuan puan..akan di continue.....
